fbpx

Karnival Deepavali Seremban boleh diadakan di lokasi asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN peniaga-peniaga berkumpul menyatakan bantahan mereka berkaitan isu pemindahan lokasi Karnival Deepavali 2023 di Seremban.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penganjuran Karnival Deepavali 2023 di Seremban diadakan di lokasi asal di Jalan Dato’ Lee Fong Yee seperti mana sejak 15 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga maklum berkenaan isu perpindahan lokasi karnival itu dan tiada masalah jika diadakan di lokasi asal di Jalan Dato’ Lee Fong Yee serta lokasi baharu di Taman AST di sini.

“MBS maklum dan kita benarkan bukan nak halang mereka (berniaga). Saya diberitahu oleh exco yang bertanggungjawab bahawa kalau dibuat di tapak asal bilangan peniaga amat terhad.

“Tetapi apabila diadakan di tempat baharu di Taman AST bilangan peniaga melebihi 100 orang,” katanya pada sidang akbar selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2023-2025 di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, bantahan peniaga-peniaga di kawasan Little India di bandar ini yang menuntut campur tangan Aminuddin bagi menyelesaikan isu pemindahan lokasi penganjuran Karnival Deepavali Seremban 2023.

Peniaga mendakwa perpindahan dari lokasi karnival sejak 15 tahun itu iaitu di Jalan Dato’ Lee Fong Yee ke Taman AST dibuat pihak penganjur tanpa persetujuan mereka.

Lokasi sedia ada juga sudah dikenali ramai sebagai Little India dan kawasan itu serta jalan-jalan sekitarnya seperti Jalan Yam Tuan sememangnya menempatkan kedai-kedai peniaga terlibat yang sentiasa menantikan penganjuran karnival berkenaan bagi merancakkan jualan mereka.

Jelas Aminuddin, pihak kerajaan negeri memberi peluang kepada masyarakat India untuk berniaga bagi merasai kemeriahan sambutan Hari Deepavali pada 12 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI