fbpx

Wanita rugi lebih setengah juta ditipu sindiket pelaburan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang wanita warga emas lesap wang simpanan lebih setengah juta ringgit selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan saham.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata pada 2 Oktober lalu, mangsa berusia lewat 60-an dari Sarikei itu telah melihat satu iklan di Facebook iaitu Bursa Malaysia dan kemudian berhubung dengan suspek bernama Koon Yew Yin melalui Whatsapp.

Menjelas lanjut, beliau berkata mangsa yang berminat untuk belajar mengenai saham seterusnya menekan satu pautan yang diberikan oleh suspek untuk mangsa membuat pelaburan saham.

Katanya, mangsa kemudian diterangkan tentang pelaburan tersebut dan suspek menawarkan diri sebagai ejen untuk membantu mangsa dalam pembelian saham syarikat di Bursa Saham iaitu saham syarikat Minox International Group Bhd dan saham syarikat SSF Home Group Bhd.

“Mangsa telah dijanjikan pulangan dari 50 hingga 100 peratus dalam pelaburan saham itu.

“Mangsa yang berminat kemudian membuat 11 kali transaksi pindahan wang sebanyak kira-kira RM540,000 secara berperingkat kepada tiga akaun bank yang berbeza bermula dari awal sehingga pertengahan Oktober ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata mangsa menyedari ditipu apabila suspek memintanya untuk membuat pembayaran tambahan sedangkan mangsa masih belum lagi menerima apa-apa keuntungan.

Susulan itu, beliau berkata mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI