fbpx

Rakyat Johor gembira, teruja Sultan Ibrahim bakal Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bermula 31 Januari 2024.

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor gembira dan teruja dengan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari tahun depan.

Majoriti penduduk negeri ini berpendapat lantikan baginda sebagai ketua negara akan turut membawa manfaat dan perubahan positif kepada Johor khususnya.

Muhammad Zaki Supaid, 40, memberitahu, dia teruja dengan pengumuman tersebut dan berharap Sultan Ibrahim akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan negara pada masa depan.

“Saya juga berharap pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong akan bawa banyak projek berskala besar yang memberi impak positif kepada rakyat negeri ini. Ini kerana banyak projek yang telah dirancang sebelum ini tergendala atas pelbagai sebab.

“Antara projek itu termasuklah jambatan bengkok, kereta api laju serta sistem Transit Aliran Bas (BRT),” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 yang diadakan di lstana Negara, Kuala Lumpur pagi tadi memutuskan pelantikan Sultan Ibrahim.

Syed Danial turut memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Johor, Minati Hamir, 68, pula memberitahu, pihaknya yakin Sultan Ibrahim akan menggalas tanggungjawab itu dengan baik bersandarkan pelbagai usaha kebajikan yang telah dibuat baginda di negeri ini.

“Sejak baginda menjadi Sultan Johor, banyak usaha telah dilakukan demi kesejahteraan rakyat termasuklah melalui penubuhan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Yayasan itu banyak membantu masyarakat kurang bernasib baik khususnya semasa tempoh pandemik Covid-19 lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI