fbpx

El Clasico: Xavi terpaksa gantung harap pemain akademi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI perlu mempertaruhkan beberapa pemain mudanya untuk aksi El Clasico kali ini selepas beberapa tonggak utama tersisih akibat kecederaan. - AFPXAVI perlu mempertaruhkan beberapa pemain mudanya untuk aksi El Clasico kali ini selepas beberapa tonggak utama tersisih akibat kecederaan. - AFP

BARCELONA – Pasukan Barcelona sedikit tempang apabila terpaksa mengharapkan pemain Akademi La Masia menjelang perlawanan getir El Clasico bertemu Real Madrid pada aksi La Liga di Stadium Camp Nou malam ini.

Beberapa pemain utama pasukan seperti Jules Kounde, Pedri dan Sergi Roberto disahkan tidak dapat bermain kerana kecederaan serius yang dialami sebelum ini manakala Robert Lewandowski serta Frenkie de Jong bergelut untuk mendapatkan kecergasan.

Pada saingan liga minggu lalu, skuad The Catalans terpaksa mengharapkan mengharapkan pemain akademi, Marc Guiu yang baru berusia 17 tahun untuk menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Athletic Bilbao 1-0.

Selain itu, seorang lagi pemain muda, Fermin Lopez turut berjaya mencetak nama selaku penjaring ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk apabila meraih kemenangan 2-1 kelmarin.

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez mengakui terpaksa mengharapkan barisan pemain remaja seperti Guiu menjelang perlawanan bertemu The Galacticos nanti andai keadaan mendesak.

“Buat masa ini kami hanya perlu mengharapkan sesiapa sahaja yang cergas dan mereka sudah menjalani persiapan terbaik selain bersedia sepenuhnya jika diturunkan.

“Andai ada beberapa pemain utama kami tidak dapat meneruskan perlawanan, mungkin ketika itu kita perlu tagih khidmat pemain muda dan berdoa agar mereka dapat membantu pasukan meraih keputusan diharapkan seperti yang terjadi minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Xavi turut mengesahkan pemain sayap antarabangsa, Raphinha hampir pasti diturunkan dalam kesebelasan utama selepas disahkan cergas daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini.

“Kami boleh menarik nafas lega apabila Raphinha sudah mula menjalani latihan bersama pasukan awal minggu ini. Dia adalah pemain penting kerana bukan sahaja hebat ketika menyerang, malah dia juga boleh membantu pasukan di benteng pertahanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN