fbpx

Sekolah diarah kawal alatan dibawa pelajar ketika Minggu Solidariti Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video minggu solidariti di sebuah sekolah.

DENGKIL – Pihak sekolah dinasihatkan supaya mengawal sebarang alatan yang di bawa pelajar terutama ketika Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu masalah seperti membawa senjata mainan itu timbul lagi.

“Itu kita kena kawal. Tadi kita bincang dengan Jemaah Menteri, pertama kita tidak galakkan dan paksa semua sekolah (buat Minggu Solidariti Palestin).

“Keduanya kita kena kawal supaya jangan jadi masalah,” katanya ketika ditemui selepas menjamu selera dan menyantuni rakyat di Kedai Makan Ramli Corner Selera Kampong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sejumlah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah arahan agar sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November.

NGO berkenaan menggesa kerajaan agar institusi pendidikan tidak dilibatkan dengan isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Malah, beberapa wakil rakyat juga menyuarakan bantahan serupa dan mereka mahu sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran.

Terdahulu, NGO Global Human Rights Federation (GHRF) mengecam penularan gambar kanak-kanak yang memegang senjata mainan, didakwa berkaitan dengan Minggu Solidariti Palestin di sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI