fbpx

EPL: Arteta pening buat pilihan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMIYASU beraksi cemerlang di posisi bek kiri menggantikan Zinchenko ketika Arsenal menewaskan Sevilla sebelum ini. - AFP

LONDON – Biarpun kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara ke atas Sevilla terpalit isu kecederaan penggempur utama, Gabriel Jesus, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui masih ada perkara positif yang mampu dilihatnya pada aksi tersebut.

Kecederaan yang dialami oleh seorang lagi pemain tonggak, Thomas Partey menyebabkan Arteta mula melihat kemampuan istimewa yang dimiliki oleh beberapa lagi pemain lain termasuk pemain pertahanan, Takehiro Tomiyasu.

Pemain pertahanan versatil itu berjaya meningkatkan keyakinan Arteta untuk berada dalam kesebelasan utama menentang Sheffield United di Emirates malam ini selepas mempamerkan prestasi cemerlang di Ramon Sanchez-Pizjuan biarpun turun sebagai bek kiri.

“Saya sentiasa beritahu bahawa keyakinan saya terhadap Tomi adalah konsisten. Dia adalah aset yang penting buat kami. Dia mampu bermain di mana-mana posisi pada bahagian pertahanan dan kami tidak ada pemain lain sepertinya.

“Sudah banyak kali saya melihatnya memberikan aksi terbaik sebagai pemain pertahanan. Jika dia berada pada tahap fizikal yang baik, dia akan menjadi pemain yang sangat penting buat pasukan ini,” jelas Arteta.

Dalam pada itu, Arteta menafikan beberapa spekulasi bahawa Tomiyasu adalah pemain kelas kedua yang diturunkan hanya ketika pemain utama mengalami kecederaan seperti menentang Sevilla apabila dia sekadar menggantikan Oleksandr Zinchenko.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu perlu membuat keputusan tepat sama ada mengekalkan Tomiyasu atau memasukkan Zinchenko yang baharu pulih daripada kecederaan ketika Sheffield dianggap cukup berbahaya beraksi di tempat sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI