fbpx

Irmohizam dilantik Prof. Adjung AAGBS UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irmohizam (kanan) menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung daripada Syed Jamal di Ruang Legar AAGBS di UiTM, di Shah Alam hari ini.

PETALING JAYA – Pengarah Urusan Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung bagi Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September lalu.

Jelas Irmohizam dalam satu kenyataan hari ini, lantikan itu satu penghormatan dan keistimewaan buat dirinya yang juga Alumni AAGBS, UiTM dalam Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) 2020.

Katanya, lantikan tersebut memberi peluang untuknya menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan minda anak muda, sekali gus membantu dalam membentuk generasi peneraju perniagaan.

“Pelantikan ini saya terima dengan rasa penuh tanggungjawab dan syukur. Saya sangat teruja untuk menyelami selok-belok dunia perniagaan, memupuk persekitaran pembelajaran dan inovasi.

“Saya amat komited untuk menyumbang kepada institusi terkemuka ini, membimbing bakal pemimpin masa depan negara kita. Malah ia akan mengekalkan warisan kecemerlangan AAGBS,” katanya.

Terdahulu beliau menerima pelantikan tersebut dalam satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan di Ruang Legar AAGBS di UiTM, di Shah Alam pagi tadi.

Watikah tersebut telah disampaikan oleh Dekan AAGBS UiTM, Prof. Dr. Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad.

Tambah Irmohizam, dengan latar belakang luas dalam dunia acara perniagaan, beliau berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan praktikal, dunia sebenar serta merapatkan jurang penting antara industri dan akademik.

“Saya merupakan rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

“Saya akan memanfaatkan kemahiran kepemimpinan, pengalaman yang luas, dan hubungan industri globalnya dalam sektor acara perniagaan untuk memperkayakan komuniti AAGBS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI