fbpx

Getah rambut, ‘cotton bud’ jadi alat untuk hantar sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Getah rambut dan cotton bud yang ditemui perawat dalam bungkusan berbentuk 'pocong' yang dikongsi di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Getah rambut yang telah digunakan dan ‘cotton bud’ atau putik kapas antara barangan yang dijumpai semasa menjalankan rawatan sihir.

Perkara itu didedahkan menerusi satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok Pusat Rawatan At-Taqwa ketika proses rawatan sihir dilakukan.

Lebih malang lagi kata perawat tersebut, perkara itu hanya diketahui selepas empat hari mangsa meninggal dunia.

“Arwah disihir dengan getah rambut serta rambutnya, dengan ‘cotton bud’ yang sudah digunakan.

“Selepas empat hari arwah meninggal barulah ahli keluarga menemukan barang itu dirak arwah dibungkus dalam bentuk ‘pocong’.

“Kat sini (dalam bungkusan pocong) ada rambut, getah rambut ada rambut, selalunya depa (orang melakukan sihir) akan mengambil benda ini yang terjatuh ini,”ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan ada pengguna turut berkongsi kisah sama.

“Selalunya orang terdekat yang sihir, jika boleh ambil rambut, getah rambut, cotton bud bagai.. sedih bila orang terdekat yang buat,”luah @lyezalara1105.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @sarina.

“Saya pernah disihir guna sikat rambut saya sendiri, bila pakai terus saya pening, saya terus baca surah At-Taubah, Alhamdulilah tak pening dah,”kongsinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI