fbpx

BNM beri penjelasan kemungkinan serangan siber dari penyokong Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Notis tular berhubung kemungkinan serangan siber yang dikeluarkan platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) terhadap institusi kewangan dalam negara hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Tanpa memperincikan notis amaran itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan berkata, amaran yang dikeluarkan FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

“BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber.

“FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu notis FinTIP kepada institusi kewangan di negara ini berhubung kemungkinan serangan siber daripada penggodam pro-Israel.

Amaran berkenaan turut menyeranaikan 10 kumpulan penggodam pro-Israel yang dikenal pasti berkemungkinan melakukan serangan balas iaitu Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, Silentone, Indian Cyber Force dan Garuna Ops.

Selain itu, turut disenaraikan adalah Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI