fbpx

Tiga maut Serendah: Pemandu Proton Wira ditahan, ada 6 rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort, Hulu Selangor, pada pukul 10.55 pagi semalam telah mengorbankan tiga nyawa.

HULU SELANGOR – Pemandu Proton Wira yang disyaki menyebabkan kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort, di sini, sehingga mengorbankan tiga nyawa, ditahan polis malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pemandu lelaki berusia 61 tahun itu diberkas di Ulu Yam Bharu kira-kira pukul 11.30 malam.

Ujarnya, suspek mempunyai enam rekod lampau dimana lima daripadanya kes dadah manakala satu adalah kes jenayah.

“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk membantu siasatan.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, penumpang Toyota Avanza yang terselamat, sedang berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Selayang.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan tiga yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai Rosihat Lemon, 68; Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.

Ketika kejadian pada pukul 10.55 pagi, pemandu kereta jenis Proton Wira dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya menyebabkan kereta Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak, namun melanggar bahagian kanan kereta Proton Wira tersebut.

Perodua Axia berkenaan berpusing sebelum kenderaan jenis Toyata Avanza yang datang dari arah belakang melanggar kereta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI