fbpx

Kanak-kanak maut, bayi cedera parah kereta langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 57 Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang kanak-kanak maut manakala seorang bayi cedera parah selepas kereta dinaiki bersama empat lagi ahli keluarga terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 57 Lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa Muhammad Ali Anaqi Mohd Ilham,7, menaiki kereta dipandu ibunya yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang berada di tempat duduk penumpang belakang mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki berkenaan yang dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh di sini untuk rawatan lanjut disahkan meninggal dunia pada pukul 12.05 tengah malam.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksten 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian keadaan permukaan jalan kering serta cuaca baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI