fbpx

Kelajuan 5G Malaysia ketiga terpantas di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi melancarkan pusat pengalaman ‘My5G Portal’ DNB hari ini. - Foto X FAHMI FADZIL

PETALING JAYA – Kelajuan rangkaian 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global dengan median kelajuan 485.25Mbps, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi dalam beberapa ciapan di aplikasi X berkata, perkara itu membuktikan komitmen kerajaan terutama kementeriannya dalam memastikan kualiti rangkaian 5G bertaraf dunia dibangunkan di negara ini.

“Semestinya ini merupakan pencapaian yang cemerlang namun untuk masa hadapan, KKD perlu fokus meningkatkan penerimagunaan 5G dalam kalangan industri dan rakyat,” ciapnya hari ini.

Bagaimanapun Fahmi berkata, penerimagunaan 5G di Malaysia masih rendah walaupun liputan 5G telah mencecah 70.2 peratus.

“Usaha meningkatkan angka ini perlu diteruskan.

“Maka petang tadi, saya telah melancarkan Pusat Pengalaman 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) yang turut dihadiri beberapa wakil kedutaan asing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI