PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga lewat petang hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johot turut diramal mengalami ribut petir.
“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Tawau,” katanya.
Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE