fbpx

Konflik Palestin-Israel: Anak lelaki Netanyahu dikecam bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAIR bersama bapanya, Benjamin Netanyahu dalam gambar bertarikh 11 Mei, 2021. – INSTAGRAM

TEL AVIV –  Yair yang merupakan anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikecam kerana kekal di Amerika Syarikat (AS) ketika hampir 400,000 belia Israel menyertai perang menentang Hamas selepas serangan pada 7 Oktober lalu, lapor saluran berita NDTV semalam.

Serangan mengejut ke atas bandar-bandar di selatan Israel itu menyebabkan kira-kira 1,400 orang terbunuh dan mencetuskan serangan balas dendam Rejim Zionis yang mengorbankan lebih 5,000 penduduk Palestin di Gaza.

Menurut beberapa laporan, Yair berpindah ke Florida awal tahun ini. Sekeping gambar menunjukkan  pemuda berusia 32 tahun itu bersantai di tepi pantai menjadi tular dengan ramai netizen berkata, dia berseronok di Miami sedangkan belia Yahudi lain berlepas ke Israel untuk menyertai perang menentang Hamas.

NDTV bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar tersebut

Dalam pada itu,  akhbar The Times menemu bual seorang askar Israel yang ditempatkan di perbatasan utara.

“Yair menikmati kehidupannya  di Pantai Miami sementara saya berada di barisan hadapan. Ia adalah kami yang meninggalkan pekerjaan, keluarga dan anak-anak kami untuk mempertahankan Israel dan bukannya mereka yang bertanggungjawab terhadap situasi ini,” askar berkenaan dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi askar yang ditempatkan di sempadan dengan Gaza berkata: “Saya berlepas pulang dari AS di mana saya mempunyai pekerjaan, kehidupan dan keluarga tetapi di manakah anak lelaki Perdana Menteri? Kenapa dia tidak berada di Israel?”

Yair merupakan anak lelaki Netanyahu bersama isteri ketiganya, Sara. Dia kerap terlibat dalam kontroversi kerana memuat naik hantaran anti-Islam di media sosial.

Dalam tahun 2018, akaun Facebook Yair disekat selama 24 jam selepas dia memuat naik hantaran menyatakan, tidak akan ada keamanan sehingga semua orang Islam meninggalkan Palestin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI