BANDAR GAZA – Ketua Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir (SIS), Diaa Rashwan memberi amaran Semenanjung Gaza akan bertukar menjadi kubur awam terbesar dalam sejarah sekiranya bantuan tidak memasuki wilayah itu, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.
Dalam satu sidang akhbar Rashwan berkata, sebanyak 457 tan ubat dan bekalan ubatan, 251 tan makanan dan 87 tan air telah memasuki Semenanjug Gaza setakat ini.
Bantuan tersebut dibawa masuk menggunakan 54 buah treler sejak Sabtu lalu.
Tambah Rashwan, Lapangan Terbang Al-Arish di Mesir turut menerima 39 pesawat yang sarat dengan bantuan kemanusiaan serta yang terbaharu adalah dari Kenya.
Rashwan menggesa penubuhan mekanisme bersama organisasi antarabangsa untuk memastikan kelancaran bantuan serta tidak membiarkan perkara itu dipengaruhi oleh rundingan dengan Israel. – AGENSI