fbpx

Pemandu Wira dicari, punca kemalangan di Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas membabitkan tiga kenderaan mengakibatkan tiga maut dan seorang lagi cedera parah. FOTO Ihsan Bomba

HULU SELANGOR – Polis sedang mengesan pemandu Proton Wira yang menyebabkan kemalangan dua lagi kenderaan di Kilometer (KM) 38 Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.55 pagi.

Katanya, kereta Axia dipandu oleh lelaki tempatan berusia 62 tahun manakala Toyota Avanza dipandu oleh lelaki berusia 68 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu Perodua Axia dalam perjalanan dari Serendah menuju ke Batang Kali.

“Pemandu Axia mengelak kereta Proton Wira dari arah bertentangan sehingga terlanggar bahagian kanan Wira.

“Akibat dari pelanggaran itu, kereta Axia berpusing dan dilanggar Toyota Avanza dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, pemandu serta penumpang Axia dan juga pemandu Toyota Avanza disahkan maut di tempat kejadian manakala penumpangnya cedera parah.

“Penumpang wanita Avanza mengalami kecederaan bahagian mata dan dibawa ke Hospital Selayang,”ujarnya.

Sehubungan itu, Faizal berkata, pihaknya masih mengesan pemandu Proton Wira yang disyaki melarikan diri selepas insiden berkenaan.

“Kita sedang kesan pemandu terbabit serta mencari bukti-bukti daripada saksi ketika kejadian.

“Pemandu terbabit dipercayai berseorangan ketika kejadian susulan kenderaan ditinggalkan selepas kemalangan,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI