fbpx

Netizen tegur Haqiem Rusli menari sakan, tak hormat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem dan isterinya, Sofea dikecam kerana dikatakan tidak sensitif dengan apabila yang berlaku di Gaza, Palestin.

PETALING JAYA – Gara-gara memuat naik video sedang menari-nari dalam media sosial, penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea menjadi sasaran kecaman netizen yang kurang senang melihat aksi mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Anis dalam Instagram miliknya, wanita berusia 22 tahun itu dilihat menari-nari bersama Haqiem sambil memakai gaun hitam putih.

“TikTok sahajalah. Gambar semua buruk,” tulis Anis.

Video yang dikongsi Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri bergurau senda bersama suaminya bagaimanapun membuatkan netizen berasa kurang senang dengan perilaku pasangan suami isteri itu.

Rata-rata beranggapan Haqiem dan Anis seolah-olah tidak sensitif dengan apa yang sedang berlaku di Palestin pada saat masyarakat Islam di sana sedang berdepan dengan peperangan tentera Zionis, Israel.

“Hormatlah sikit apa yang sedang terjadi di Gaza. Saudara kita patut sebarkan mengenai Palestin. Bukan beria joget begini,” tegur seorang netizen.

“Orang Tengah sibuk dengan Palestin, dia boleh berjoget-joget,” sindir seorang lagi pengikutnya.

“Tak hormat langsung. Dah boleh kategori Israel juga,” komen seorang pengguna Instagram.

Bahkan, Haqiem juga dikecam apabila dikatakan sudah banyak berubah sejak berkahwin apabila tidak lagi menjaga aurat wanita lain, seperti yang pernah dia lakukan sebelum ini.

“Dulu Haqiem siap tutup aurat peminat (perempuan) yang nampak lengan, tak pakai tudung. Sekarang? Semoga Haqiem dan isteri kembali ke jalan Allah dan cepat berubah,” kata seorang netizen.

Dalam satu laporan Kosmo! pada April lalu, Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, mengakui bahawa dirinya berada dalam fasa menempuh ujian rumah tangga susulan tindakan isterinya tidak lagi berhijab.

Meskipun enggan memperincikan lebih lanjut, Haqiem dilihat lebih bersikap profesional selain enggan cepat melatah dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Saya tidak boleh komen tentang ini. Saya rasa ini private life (kehidupan peribadi) dan saya hendak mereka (peminat) tahu, saya sudah sehabis baik untuk menjadi suami yang baik.

“Saya sebagai suami, bagi dia (isteri) masa, saya tak nak memaksa (isteri memakai hijab) tetapi saya akan cuba sehabis baik untuk menambah baik,” katanya.

Terdahulu, pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI