PETALING JAYA – Ketampanan dua anak lelaki Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mencuri tumpuan pengguna media sosial.
Sebaik sahaja Noor Hisham berkongsi gambarnya bersama dua anak lelakinya itu, ada dalam kalangan netizen bergurau malah berani menawarkan diri mahu menjadi menantu.
Menurut Noor Hisham, dua anak lelakinya yang dikenali sebagai Khair dan Khalis itu batu sahaja menamatkan pengajian mereka dan bersedia memasuki alam pekerjaan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji rupa paras anak lelaki Noor Hisham yang dikatakan mewarisi bapanya.
“Alhamdulillah kacak-kacak anaknya, semoga selalu dalam Rahmat Allah SWT hendaknya,” kata Pia.
“Aku rasa inilah jodoh aku, baru nak membesar rupa-rupanya. Punya lama menunggu,” kata Daris.
“Assalamualaikum Dr., maaf terlambat,saya baru hantar anak dara saya ke kelas menjahit. Nanti bila kita dah berbesan senang hari raya tak perlu hantar baju raya ke tukang jahit. Tapi kena sabarlah anak saya baru darjah empat,” gurau Aneem.
“Assalamualaikum papa, saya pandai makan ubat tanpa minum air,” seloroh Ongmar. – KOSMO! ONLINE