fbpx

Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan mulai 29 Oktober – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan orang awam menghadiri perhimpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, baru-baru ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin melibatkan institusi pendidikan dibawah kementerian berkenaan bermula 29 Oktober hingga 3 November depan.

KPM dalam kenyataan berkata, pelaksanaan minggu tersebut sebagai tanda menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Katanya, program tersebut dilaksanakan di sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara.

“Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.

“Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, Minggu Solidariti Palestin adalah kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah.

“Selain itu, menerusi penganjuran program ini murid-murid turut diberi pendedahan kepada Elemen Merentas Kurikulum (EMK) khususnya yang berkaitan dengan kelestarian global,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat.

“Aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja,” katanya.

KPM sentiasa berusaha memupuk nilai kemanusiaan dan mencintai keamanan sejagat dalam kalangan murid-murid agar sentiasa cakna dan responsif terhadap isu semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI