fbpx

UCL: ‘Enjin’ Haaland semakin panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meledak dua gol ketika membantu City membenam cabaran Young Boys awal pagi semalam pada aksi Liga Juara-Juara. - AFP

BASEL – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya Erling Haaland masih belum ‘berkarat’ selepas berjaya membantu pasukan menewaskan Young Boys 3-1 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Wankdorf itu, skuad The Citizens meneruskan kemenangan bersih apabila meraih gol menerusi Manuel Akanji dan Haaland (dua gol), manakala jaringan tuan rumah dilakukan oleh Meschack Elia.

Kata Guardiola, tiada tekanan yang diberikan buat Haaland meskipun dikritik hebat apabila gagal menjaringkan sebarang gol pada lima perlawanan terakhir UCL yang lepas dan tiga aksi berturut-turut musim ini.

“Kita semua tahu apa yang dilakukan oleh Haaland pada musim lepas apabila berjaya menjaringkan 52 gol secara keseluruhan. Namun, bukan mudah untuknya mengekalkan momentum sama dan ia adalah perkara mustahil.

“Saya sedar sekarang banyak kritikan yang dilemparkan yang mahu dia gagal, tetapi saya langsung tidak risau kerana dia sentiasa memberi ancaman buat benteng pertahanan pasukan lawan,” katanya.

Sementara itu, Guardiola mengakui agak gembira dengan keputusan yang diraih untuk menyaksikan pasukan dapat selangkah lagi mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas meraih mata maksimum dalam tiga perlawanan.

“Saya puas melihat aksi yang dipamerkan oleh pasukan meskipun ia bukanlah perlawanan sempurna kerana kita sepatutnya boleh meledak lebih banyak gol. Namun, ini adalah petanda yang positif buat kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI