fbpx

Bekalan beras putih tempatan untuk Pahang diedar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sebanyak 900 tan metrik beras putih tempatan (BPT) mula diedarkan kepada peniaga dan peruncit di Pahang hari ini.

Langkah itu diambil kerajaan bagi menstabilkan bekalan beras di negeri tersebut.

Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Pahang, Hamizan Musa bagaimanapun berkata pihaknya tidak pernah menerima aduan mengenai kekurangan bekalan beras di pasaran negeri ini.

Terdahulu, Hamizan melakukan pelepasan BPT di gudang syarikat pemprosesan, pengedaran dan pemasaran beras di situ.

Jelasnya, syarikat berkenaan adalah antara lima syarikat di Pahang yang diberi tanggungjawab mengedarkan bekalan BPT melalui program panel pemborong BPT yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN