fbpx

10,000 dijangka sertai Himpunan Sejuta Pembela Palestin Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAKIM (tengah) memberitahu Himpunan Sejuta Pembela Palestin menerapkan penghayatan ayat al-Quran dalam penentangan terhadap rejim Zionis. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seramai 10,000 peserta dijangka berhimpun di Himpunan Sejuta Pembela Palestin yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat dekat sini, Ahad ini bagi meneruskan gelombang tentangan terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza.

Pengerusi Serantau Muslim, Mohd. Hakim Mohd. Noor berkata, himpunan solidariti itu akan turut diadakan di negeri-negeri lain secara berperingkat termasuk di Kedah, Kelantan serta Selangor dengan sasaran penglibatan peserta seramai satu juta orang.

Ujarnya, pengisian himpunan itu akan meliputi penghayatan al-Quran dengan memfokuskan tujuh surah musabbihat dan tasbih kepada Allah.

“Perhimpunan ini bukan atas dasar emosi tetapi kefahaman melalui program tadabbur al-Quran yang menjadi dasar kepada program himpunan melalui tadabbur ayat-ayat musabbihat.

“Tujuh surah yang akan menjadi formula pembebasan al-Aqsa yang mana disebut dalam beberapa ucapan pimpinan bahawa peperangan atau peristiwa yang berlaku di Palestin hari ini adalah permulaan kepada pengakhiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di Bilik Mesyuarat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Kota Cemerlang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berkenaan bantuan kewangan dari Malaysia ke Palestin, Mohd. Hakim berkata, pihaknya yakin sasaran RM100 juta yang ditetapkan kerajaan akan dapat dicapai berdasarkan kepada keprihatinan dan sokongan diberikan orang ramai.

“Melalui sokongan gelombang ini kita lihat kutipan daripada dana-dana awam melalui Kerajaan Malaysia telah berjaya mencatat hampir RM100 juta.

“Kutipan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan juga telah berjaya mengumpul sumbangan hampir RM20 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI