fbpx

Mahkamah: Remaja lakukan amang seksual adik sendiri didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya sendiri, Julai lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya berusia sembilan tahun, pada Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual pada pukul 3 pagi di sebuah kediaman di Masai, di sini pada Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Lelaki itu boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dengan sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebatan tidak kurang dari dua sebatan, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI