fbpx

Binasakanlah Benjamin Netanyahu – Amyra Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYRA Rosli tampil mengecam mendoakan pengakhiran buat pemerintah Israel, pemerintah Israel, Benjamin Netanyahu.

PETALING JAYA – Pelakon Amyra Rosli kesal apabila hantarannya mengenai isu Palestin dipadam pihak Instagram dengan alasan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Jelas pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli itu, pihak terbabit seperti takut dengan bayang-bayang sendiri apabila sengaja menyekat hantaran perkongsian berkenaan konflik di Gaza agar tidak dikecam.

“Bunuh orang tak takut, kena kecam dekat media sosial takut. Koyak la tu!,” katanya.

Tidak berdiam diri, aktres berusia 32 tahun itu menitipkan doa agar Allah membinasakan pemerintah Israel, Benjamin Netanyahu dan menghancurkan seluruh pasukan tentera Zionis.

“Ya Allah. Binasakanlah Benjamin Netanyahu dan hancurkanlah tentera Zionis. Aamin,” tulisnya menerusi hantaran dalam laman sosial tersebut.

Menerusi semakan Kosmo! Online dalam ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berhadapan masalah sama apabila kebanyakan hantaran mengenai Palestin dibuang, malah lebih teruk diberi amaran penggantungan akaun Instagram.

“Sama, bukan artis sahaja, saya orang biasa pun pihak Instagram siap hantar ‘warning’ mahu gantung akaun, katanya telah melanggar peraturan, padahal koyak takut kena kecam,” tulis seorang peminat.

“Mereka anggap kita ini sokong pihak yang salah padahal mereka yang terlalu takut dengan kebenaran,” komen seorang netizen.

Selain Amyra, Catriona Ross antara artis yang terpalit dengan isu serupa selepas hantarannya berkenaan sokongan terhadap saudara seagama di Palestin turut dipadam.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan hantaran yang dibuat mengenai Palestin menerusi hantaran di media sosialnya juga sudah mula disekat.

Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza merekodkan lebih 700 orang terkorban dalam serangan udara terbaharu rejim Zionis menjadikan angka kematian tertinggi yang direkodkan dalam masa satu hari sejak pencerobohan Israel bermula 7 Oktober lalu

Sebanyak 704 penduduk Palestin termasuk 305 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini kepada 5,791. Turut terkorban ialah 65 petugas kesihatan.

Kini, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta kadar kematian penduduk Palestin yang semakin meningkat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI