PETALING JAYA – Pelajar tingkatan tiga berasal dari Muar, Johor adalah individu yang bertanggungjawab ‘membina’ Dataran Tanjung Mas menerusi permainan video terkenal, Roblox sebagai lokasi perhimpunan secara maya menyokong Palestin.
Perkara itu diberitahu oleh seorang streamer menerusi TikTok @cikguzyd iaitu merangkap penganjur perhimpunan secara maya menyokong Palestin baru-baru ini.
“Semua ni budak tingkatan tiga yang buat, budak 15 tahun berasal dari Muar. Sebab itu nama map ni Dataran Tanjung Mas, ia di Muar.
“Jadi kalau kita beri support yang baik kepada anak-anak. Tengok hasilnya. Budak tingkatan tiga yang buat, cikgu tumpang je, cikgu main je,” katanya menerusi video dikongsi pengguna TikTok.
Menerusi maklum balas daripada pengguna, ramai yang memuji dan berbangga dengan remaja 15 tahun tersebut ditambah lagi perhimpunan itu turut mendapat maklum balas pengguna TikTok di luar negara.
“Budak-budak sekarang pasal IT dan kreativiti terbaik. Kalau bagi pendedahan, boleh pergi jauh. Tahniah adik,” komen Ruby.
“Budak tu patut dapat reward sebabkan sever dia, orang luar semua nampak. Semangat kita orang Malaysia,” kata Aishah.
“Terbaiklah, saya bangga jadi orang Muo (Muar),” ujar Syaza Humairah.
Semalam, Kosmo! melaporkan, bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin, kanak-kanak dan remaja telah menganjurkan perhimpunan secara maya dalam sebuah permainan video terkenal, Roblox.
Sehingga kini, perhimpunan itu telah dihadiri lebih 200 orang pemain sejak 20 Oktober lalu.
Sebuah ruang khas bernama ‘Dataran Tanjung Mas’ telah dicipta khas sebagai tempat berkumpul dan boleh diakses oleh pemain Roblox pada bila-bila masa. – KOSMO! ONLINE
@nourajew Replying to @Khairul86 Betul anak malaysia 15 tahun yg sgt hebat! Streamers yg handle event ni pun hebat! anak2 yang join lagi lah hebat! 💪🏼✊🏼 #roblox #robloxfyp #robloxfreepalestine #robloxpalestine #fyp #fypシ゚viral #robloxmalaysia ♬ إيدي بإيدك نحمي الأقصى – Instru Clavist DZ