fbpx

Dewan Rakyat: Malaysia sertai usaha sekat serangan darat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia bersama negara-negara Islam lain serta beberapa negara bukan Islam sedang berusaha menyekat rancangan Isreal melancarkan serangan darat terhadap Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, terkini satu mesyuarat khas yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan diadakan hari ini.

Jelas beliau, mesyuarat luar biasa tergempar itu dimohon Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Negara-Negara Arab dengan disokong oleh Malaysia, Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Timor-Leste dan Vietnam.

“Serangan darat yang dirancang Isreal walaupun sudah lebih dua minggu dirancang masih belum dilakukan, tetapi tidak boleh mengambil mudah.

“Sebab itu Malaysia dan negara-negara OIC lain bertungkus lumus memastikan itu tidak dilakukan. Ini termasuklah usaha yang sedang kita lakukan kita untuk adakan persidangan khas PBB hari ini.

“Setiap negara diberi ruang menyampaikan pandangan mereka langkah-langkah untuk menghentikan serangan ke atas Gaza. Malaysia akan lakukan sebaiknya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) apakah negara-negara Islam akan sekadar mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap kezaliman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI