fbpx

Wanita 53 tahun kahwin anak angkat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisylu berkahwin dengan Daniil pada 20 Oktober lalu. - Aisylu Chizhevskaya-Mingalim

KAZAN, TATARSTAN – Seorang wanita Russia berumur 53 tahun dikecam netizen selepas dia mengahwini anak angkatnya sendiri yang berusia 22 tahun, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Aisylu Chizhevskaya-Mingalim yang merupakan pemuzik terkenal di Tatarstan, membuat keputusan berkahwin dengan Daniil pada 20 Oktober lalu,  selepas lapan tahun mengambil lelaki tersebut menjadi anak angkatnya.

Menurut Aisylu, dia mengenali Daniil ketika lelaki itu berusia 13 tahun dan mereka mula rapat kerana mempunyai minat sama dalam bidang muzik.

Selepas menjadi anak angkatnya, kedua-dua mereka tinggal bersama.

Namun, pelbagai khabar angin timbul mengenai hubungan mereka, membuatkan Aisylu bertekad menamatkan spekulasi orang ramai.

Menurutnya, perkahwinan mereka adalah suci dan bersifat kerohanian dan bukannya didorong hawa nafsu semata-samata seperti sangkaan ramai orang.

“Perkahwinan kami berbeza. Ia seperti sebuah keluarga yang bersatu disebabkan kreativiti dan tidak boleh dipisahkan,” ujarnya.

Tambah Aisylu, dia dan Daniil kini mempunyai lima anak angkat dan seorang anak kandungnya selain enam kanak-kanak yang masih di bawah umur.

“Justeru, Daniil ialah bapa kepada ramai anak,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI