fbpx

Keputusan seri bonus bagi Stallion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EARNEST (kiri) dan Mattew optimis Stallion Laguna mampu mencipta kejutan ke atas Terengganu jika benteng pertahanan diperkemas pada aksi Piala AFC di Kuala Nerus semalam.

KELAB Filipina, Stallion Laguna FC tidak kisah dilabel pasukan belasahan menjelang aksi Piala AFC bertemu Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Ketua jurulatihnya yang juga pemilik bersama kelab, Ernest Nierras berkata, The Stallion ditubuhkan pada 2002 dan turun selaku pasukan yang masih dalam proses pembelajaran.

Beliau juga mengakui berdepan tugas getir bertemu TFC selepas dibelasah 1-9 dan 2-5 oleh Central Coast Marriners serta Bali United dalam dua perlawanan awal Kumpulan G.

“Kami hadir mewakili Fili­pina yang hanya memiliki enam pasukan dalam liga, namun sukan bola sepak semakin berkembang dan diminati di negara kami dengan bakal disertai 12 pasukan pada musim depan.

“Aksi pasti sukar kerana semua kelab di Filipina menggunakan padang tiruan dalam saingan domestik. Kami mungkin ‘lambat panas’ pada petang esok (hari ini),” katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan di Kuala Nerus semalam.

Nierras berkata, beliau tetap mahu anak buahnya memberi tentangan kepada Terengganu biarpun jurang kualiti kedua-dua pasukan agak besar.

“Sekiranya dapat meraih keputusan seri, ia sudah boleh dianggap bonus. Beraksi di pentas Piala AFC merupakan peluang untuk meningkatkan prestasi dan kualiti.

“Ia bukan sahaja kepada Stallion Laguna bahkan buat bola sepak di Filipina khusus­nya,” katanya

Ketua pasukan Stallion Laguna, Matthew Nierras pula enggan mengibarkan ben­dera putih, sebaliknya berhasrat membaiki persembahan kelab berbanding dua perlawanan terdahulu.

Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu optimis kelab­nya mampu mencipta kejutan sekiranya berjaya memperkemaskan benteng pertahanan selepas bolos 14 gol dalam Kumpulan G.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI