fbpx

Mayat lelaki di celah pokok nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di celah pokok nipah di Kampung Mentua, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di celah pokok nipah di sebatang sungai di Kampung Mentua di sini hari ini.

Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui seorang pencari ketam berusia dalam lingkungan 20-an di kawasan tersebut pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.07 tengah hari.

Seramai lima anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah bot untuk mengangkat mayat mangsa.

“Mayat lelaki yang belum dikenal pasti itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam penemuan mayat berkenaan.

“Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI