fbpx

Neelofa kongsi wajah muka tanpa purdah versi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO AI yang dimuat naik Neelofa hari ini mengundang rasa rindu ramai yang ingin menatap wajahnya sejak berpurdah.

PETALING JAYA – Perkongsian selebriti Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram menuai rasa rindu peminat.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, berkongsi sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.

Walaupun gambar yang dikongsikan itu sekadar versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.

“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa.

Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya.

Dalam ruangan komen, ramai peminat melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah pengacara yang juga usahawan jelita itu.

“Rindunya nak tatap wajah Neelofa. Versi AI pun jadilah,” kata seorang pengikutnya.

“Rindu nak tengok senyuman Neelofa,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Neelofa tak sepatutnya pakai purdah menutupi keaslian wajahnya. Pakai purdah tidak wajib,” kata seorang lagi pengikutnya.

Namun begitu, tidak kurang juga beberapa komen mempersoalkan tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi gambarnya dalam keadaan tidak berpurdah walaupun dalam versi AI.

“Muka dah tutup elok, pergi buat versi AI pula,” tegur seorang peminatnya.

“AI pun tidak patut sebenarnya,” kata seorang netizen.

Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020.

Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI