fbpx

Takaful Ikhlas perkenal IKHLAS Home Protect

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eddy Azly.

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini mempunyai pilihan bagi perlindungan lengkap untuk kediaman serta isi rumah daripada kerugian seperti banjir dan kebakaran apabila Takaful Ikhlas General Berhad memperkenalkan pelan takaful dalam talian, IKHLAS Home Protect Takaful (IKHLAS Home Protect).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, IKHLAS Home Protect merupakan pelan perlindungan komprehensif ke atas kediaman dan isi rumah daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, letupan dan limpahan tangki air.

Menurut Eddy Azly, IKHLAS Home Protect turut memberi perlindungan atas kerosakan akibat banjir pada kediaman dan isi rumah peserta.

“Pelan ini juga menyediakan manfaat tambahan meliputi tunai pendahuluan, bantuan pembiayaan kediaman dan kerosakan pada cermin kaca serta isi rumah yang merangkumi perlindungan harta di kawasan kediaman, kehilangan wang, kebakaran belukar dan lalang, kerosakan harta benda akibat pokok tumbang dan lain-lain.

“Pelan ini kini boleh didapati secara dalam talian yang mana sebelum ini dipromosikan melalui ejen takaful, kaunter cawangan dan saluran e-mel. Ia boleh diakses dihujung jari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eddy Azly memberitahu, selain menyediakan perlindungan komprehensif untuk kediaman dan isi rumah, pakej tersebut memberi pulangan lebihan sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap sijil.

“Peserta juga mendapat manfaat IKHLAS Wakaf & Endowmen (IWE).

“Melalui IWE, pihak kami akan memperuntukkan RM1,000 atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan,” katanya.

Bersempena Minggu Saham Digital (MSD), orang ramai berpeluang melanggan pelan perlindungan itu secara dalam talian di www.takaful-ikhlas.com.my dengan rebat sebanyak 15 peratus.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan produk-produk Takaful IKHLAS sepanjang tempoh MSD turut berpeluang menyertai Cabutan Rezeki IKHLAS dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Takaful IKHLAS sempena MSD, layari media sosial rasmi Takaful IKHLAS iaitu @takafulikhlas.official di Instagram dan @TakafulIKHLAS di Facebook serta lawan web rasmi www.takaful-ikhlas.com.my.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI