fbpx

Spynet perisian pengintip berbahaya buat pengguna Android

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPYNET boleh mengakses hampir semua perkara dalam telefon bimbit. – GAMBAR HIASAN

SEBUAH syarikat keselamatan siber, F-Secure telah menerbitkan laporan mengenai aplikasi Android yang berbahaya iaitu Spynet.

Dikenali sebagai perisian pengintip, aplikasi itu tersebar melalui teknik smishing (pancingan data SMS) dan kemudian mencuri data peribadi pengguna.

Menurut laporan tersebut, apabila pengguna mengklik pada pautan, aplikasi itu akan dipasang pada telefon bimbit dan mengawal peranti itu.

“Memandangkan ia tidak disenaraikan di Gedung Play, ia tidak berada di bawah radar Google Play Protect.

“Spynet adalah sedikit lebih pintar daripada kebanyakan aplikasi perisian pengintip kerana tidak meninggalkan sebarang jejak godaman sekali gus menjadikannya sukar dikesan,” katanya.

Tambahnya, aplikasi berkenaan tidak muncul pada skrin utama atau tab aplikasi terkini.

Katanya lagi, sebaik sahaja ia dipasang, aplikasi itu boleh mengakses hampir semua perkara pada telefon, termasuk log panggilan, SMS, storan dalaman dan log kamera, malah ia boleh merakam panggilan suara.

“Satu lagi perkara yang menakutkan tentang Spynet ialah hakikat bahawa ia boleh dicetuskan daripada sumber luar.

“Setelah dipasang, amat sukar untuk mengalih keluar aplikasi ini daripada telefon, malah seseorang mungkin perlu menetapkan (setting) semula telefon sepenuhnya untuk menyahpasang aplikasi Spynet daripada peranti,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Spynet hanyalah salah satu aplikasi perisian pengintip yang mengeksploitasi keterbukaan Android.

“Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk tidak memuatkan naik aplikasi pihak ketiga yang membuka portal untuk aplikasi seperti Spynet.

“Sentiasa pasang perisian terkini dan kemas kini keselamatan serta fikir dua kali sebelum mengklik pautan daripada nombor yang tidak dikenali melalui SMS atau mana-mana platform pemesejan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI