fbpx

Konflik Palestin-Israel: Israel cuak digertak Setiausaha Agung PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guterres terus mendesak agar senjata dilakukan segera. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Israel mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres agar meletak jawatan selepas mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada serangan Zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor portal berita MailOnline.

Menurut Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, Guterres tidak layak memimpin organisasi tersebut kerana mengutuk tindakan Zionis yang mengebom penduduk Palestin.

Guterres ketika sesi mesyuarat peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB semalam berkata, serangan pejuang Hamas ke atas Israel bukan dilakukan secara tiba-tiba.

“Kita perlu sedar bahawa serangan Hamas bukan berlaku tanpa sebab. Rakyat Palestin telah dijajah selama 56 tahun,” kata Guterres.

Beliau selain itu sekali kali mendesak gencatan senjata dilakukan serta menyifatkan wujudnya pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

“Melindungi orang awam tidak bermakna anda boleh mengarahkan lebih satu juta orang berpindah ke selatan, di mana tiada tempat tinggal, makanan, air, ubat dan bahan api. Kemudian, anda terus mengebom bahagian selatan itu,” tegasnya yang merujuk kepada tindakan kejam Zionis.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Erdan yang kemudian secara sinis menyatakan Guterres tidak peka mengenai perkembangan di rantau itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI