fbpx

245 mangsa banjir berada di tiga PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA banjir di daerah Hilir Perak dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kediaman mereka dinaiki air semalam.

IPOH – Seramai 245 mangsa banjir daripada 77 keluarga di dua daerah di negeri ini berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, daripada jumlah itu, daerah Hilir Perak merekodkan 226 mangsa daripada 74 keluarga manakala 19 orang daripada tiga keluarga pula di daerah Kerian.

Katanya, dua PPS dibuka di Hilir Perak iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap selain satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di Kerian.

“Seramai 185 mangsa banjir daripada 59 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

“Semua mangsa yang dipindahkan ini merupakan penduduk dari Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 10, Batu 7, Lorong Sidang Osman dan Batu 9,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, PPS MPTI yang dibuka pada pukul 6 petang semalam menempatkan 41 mangsa daripada 15 keluarga dari Kampung Batu 9, Changkat Jong dan Kampung Kilang Kacang.

“Bagi PPS di SK Changkat Lobak, mangsa banjir yang dipindahkan ke sana merupakan penduduk dari Kampung Matang Tengah. Setakat ini, tiada pertambahan jumlah mangsa banjir di PPS berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI