fbpx

Banjir di Hilir Perak kian buruk, sebuah lagi PPS dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA banjir di daerah Hilir Perak dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kediaman mereka dinaiki air. - Foto IHSAN APM

TELUK INTAN – Keadaan banjir di Hilir Perak semakin buruk apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menampung pertambahan jumlah mangsa banjir di daerah ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hilir Perak, Mohd. Fazly Mohamad Zawawi berkata, PPS di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap itu dibuka pada pukul 6 petang tadi.

Katanya, setakat ini, bilangan penduduk yang ditempatkan ke PPS berkenaan belum dipastikan jumlahnya berikutan pemindahan mangsa banjir dari Batu 9, Jalan Changkat Jong sedang dijalankan.

“Semalam, kita telah buka satu PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak yang menempatkan 50 mangsa daripada 16 keluarga. Jumlah itu bagaimanapun meningkat kepada 182 orang membabitkan 59 keluarga setakat pukul 6 petang tadi.

“Semua mangsa yang dipindahkan merupakan penduduk dari Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 10, Batu 7, Lorong Sidang Osman dan Batu 9,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hujan lebat sejak pukul 1.30 petang menyebabkan air Sungai Bidor dan Sungai Sungkai melimpah memasuki kawasan kediaman penduduk.

“Pembukaan satu lagi PPS itu berikutan PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak tidak lagi mampu menampung pertambahan mangsa banjir.

“Bagaimanapun, tiada sebarang jalan ditutup sehingga kini disebabkan oleh kenaikan air di sekitar kawasan terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI