fbpx

Konflik Palestin-Israel: Tahanan Israel akui dilayan baik oleh Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lifshitz ketika sidang akhbar di Tel Aviv hari ini. – AFP

TEL AVIV – Seorang tahanan dari Israel yang dibebaskan pejuang Hamas semalam memaklumkan bahawa dia dilayan dengan baik sepanjang menjadi tawanan.

Yocheved Lifshitz, 85, berkata, meskipun dipukul ketika dibawa ke lokasi tahanan, dia kemudian dilayan dengan baik dan segala keperluan dipenuhi.

“Mereka (anggota Hamas) melayan kami dengan baik,” katanya kepada pemberita di Tel Aviv.

Tambah Lifshitz, seorang doktor turut dibawa untuk merawat dia dan beberapa tahanan lain setiap dua ke tiga hari serta membekalkan ubat kepada mereka.

“Mereka melayan kami dengan sopan dan memenuhi semua keperluan kami,” katanya ketika disoal mengenai tindakannya yang bersalam dengan salah seorang anggota pejuang Hamas ketika dibebaskan.

Lifshitz turut menyifatkan penculiknya sebagai orang yang sangat mesra dan sangat berbudi bahasa ketika menahannya bersama empat tawanan lain.

“Mereka kelihatan bersedia untuk ini, mereka sudah bersedia untuk masa yang lama. Mereka mempunyai segala-galanya yang diperlukan oleh lelaki dan wanita termasuk syampu.

“Kami juga makan makanan yang sama seperti mereka iaitu roti pita dengan keju krim, keju cair dan timun. Itu adalah hidangan kami sepanjang hari,” kata Lifshitz. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI