fbpx

Bulan berusia 40 juta tahun lebih tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Schmitt mengutip sampel debuan Bulan semasa misi Apollo 17 pada 1972. – NASA

WASHINGTON – Satu analisis baharu ke atas debu  Bulan yang dikumpul oleh angkasawan misi Apollo 17 mendedahkan bahawa Bulan sebenarnya berusia 40 juta tahun lebih tua berbanding apa yang dipercayai selama ini, lapor saluran berita CNN semalam.

Selepas mendarat di Bulan pada 11 Disember 1972, angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Eugene Cernan dan Harrison Schmitt mengutip sampel batuan dan debu  dari permukaan Bulan.

Analisis baharu ke atas sampel itu berjaya mengesan kehadiran kristal zircon. Ia kemudian dicatatkan berusia 4.46 bilion tahun.

Anggaran sebelum ini menyebut Bulan berusia 4.425 bilion tahun.

Penemuan tersebut diterbitkan kelmarin dalam jurnal Geochemical Perspectives Letters. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI