fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pemimpin Hamas diminta tinggalkan Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Presiden Turkiye, Tayyip Recep Erdogan dengan Haniyeh di pejabatnya di Ankara. - Foto AFP

ANKARA  –  Ankara meminta kepimpinan tertinggi Hamas meninggalkan Turkiye  pada hari ribuan pejuang Palestin menyerang Israel dari Semenanjung Gaza, kata beberapa sumber seperti laporan  portal berita Middle East Eye (MEE) semalam.

Menurut dua sumber, semua pemimpin kanan Hamas di Turkiye telah meninggalkan negara itu selepas diminta berbuat demikian.

Ahad lalu, portal berita Al Monitor melaporkan, pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh dan rombongannya meninggalkan Turkiye selepas rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan beliau sujud syukur ketika menonton serangan Hamas di kaca  televisyen di Istanbul.

Tidak jelas sama ada bekas Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal masih berada di Turkiye manakala beliau memegang jawatan itu sehingga digantikan oleh Haniyeh pada 2017.

Pada minggu lalu, beliau memberi temu bual secara peribadi kepada Haberturk TV, dipercayai dari dalam Turkiye.

Kehadiran pemimpin Hamas di Turkiye telah lama menjadi isu perbalahan dan sasaran kemarahan Israel.

Bagaimanapun, ramai daripada mereka dihantar ke Turkiye oleh Israel sendiri sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan askar Israel,  Gilad Shalit pada 2011 selepas dia ditahan Hamas. 

Pemimpin kanan Hamas lain berpangkalan di Qatar, Lebanon dan Gaza.

Bagaimanapun, sumber Israel berkata, pihaknya cuba mengesahkan sama ada pegawai-pegawai Hamas telah meninggalkan Turkiye atau sebaliknya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI