fbpx

Konflik Palestin-Israel: Amerika bimbang pejuang Hamas menyusup masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMO kastam memberi amaran tentang risiko kemasukan pejuang asing ke AS, Jumaat lalu. - Foto Fox News

WASHINGTON – Memo Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) memberi amaran kepada kakitangannya  tentang risiko pejuang asing yang terlibat dalam konflik Israel-Hamas akan cuba masuk ke Amerika Syarikat (AS) melalui sempadan Mexico, lapor portal berita Fox News semalam.

Dalam memo yang dikeluarkan Jumaat lalu, Unit Risikan Pejabat Lapangan San Diego memberi amaran bahawa individu yang akan bertindak balas terhadap konflik tersebut mungkin cuba melakukan perjalanan melalui transit,  merentasi sempadan barat daya AS.

“Pejuang-pejuang asing yang didorong oleh ideologi atau askar upahan mungkin cuba mengaburkan perjalanan untuk memasuki AS melalui Mexico,” demikian menurut memo tersebut.

Memo itu yang pertama kali dilaporkan oleh laman berita Daily Caller, secara khusus menyebut Hamas, Jihad Islam Palestin, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin dan Hizbollah sebagai entiti berpotensi.

Ia adalah petunjuk terbaharu kebimbangan berterusan tentang potensi ancaman ketika  AS berdepan kebanjiran pendatang asing dari seluruh dunia yang datang ke sempadan selatan negara tersebut.

Kebimbangan itu diperbaharui susulan serangan Hamas ke atas Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI