SEBERANG PERAI – Mayat seorang wanita dengan lengkap berpakaian ditemui terapung di sebuah kolam berhampiran kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit pada pukul 6.50 petang.
“Saksi memaklumkan ternampak objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap. Apabila didekati baru dia menyedari ia badan manusia. Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau memberitahu lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Winston Anak Raip di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE