fbpx

Konflik Palestin-Israel: Terpaksa nyala api guna cebisan kotak untuk bakar roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang dikongsikan di media sosial.

PETALING JAYA – Meskipun terpaksa menggunakan cebisan kotak untuk menyalakan api, seorang lelaki dari Palestin masih mampu tersenyum dan bersyukur kerana dapat menjamah sekeping roti buat mengalas perut.

Video tular tersebut telah dikongsikan oleh @byzulfadhlizin menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.

Menurutnya dalam ruangan kapsyen, rakyat Palestin mempunyai mental yang sangat kuat dan masih boleh tersenyum walaupun tempat tinggal mereka telah dibom bertalu-talu.

“Disebabkan kami tidak mempunyai gas untuk memasak, kami telah mengumpul cebisan kotak untuk menyalakan api menggunakan dapur yang dibuat sendiri.

“Dengan api tersebut, kami akan gunakan saki-baki tepung yang tinggal untuk membuat roti.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hari ini kami boleh makan,” kata lelaki Palestin dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna berasa tersentuh hati dengan kecekalan dan semangat rakyat Palestin.

“Ya Allah, sedihnya. Kadang-kadang terlupa nikmat cukup makan dan minum,” kata seorang pengguna.

“Walaupun barang yang ada sangat terhad, mereka masih mampu teruskan kehidupan. Semoga Allah mudahkan rakyat Palestin,” kata Atin.

“Selain iman yang tinggi, ikhtiar hidup rakyat Palestin juga sangat hebat,” kata Deeanna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,282 tanda suka dan 44,700 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI