fbpx

EPL: Spurs gagah kuasai puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS berjaya muncul sebagai pendahulu selepas mengekalkan rekod tanpa kalah sembilan perlawanan apabila menewaskan Fulham awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou masih tidak berpuas hati dengan sikap dipamerkan oleh para pemainnya biarpun pasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas membenam Fulham 2-0 pada aksi awal pagi semalam.

Beliau menyelar cara digunakan oleh anak-anak buahnya beraksi apabila menganggap mereka terlalu banyak membazir ketika menguasai bola dan mengambil mudah dalam aspek penguasaan permainan.

Pada aksi berkenaan, kapten Spurs, Son Heung-min membuka tirai jaringan pada minit ke-36 sebelum James Maddison turut mencetak namanya sebagai penjaring gol kira-kira sembilan minit selepas babak kedua bermula untuk mengumpul koleksi jaringan keempatnya musim ini.

“Ia keputusan yang baik terutama ketika menentang sebuah pasukan yang kuat. Kami mampu kekal bersabar sehingga pasukan lawan tidak mampu bermain dengan cara mereka. Saya fikir kami melakukan tekanan dengan cukup kuat.

“Babak kedua, kami terlalu banyak membazirkan penguasaan bola. Kami membenarkan mereka menguasai permainan, cuma perkara positif adalah kerja keras dipamerkan oleh pemain.

“Kami tidak begitu solid pada separuh masa kedua, kami leka dan mengambil mudah aspek penguasaan bola menyebabkan mereka hampir melakukan kebangkitan,” katanya.

Bagaimanapun, kejayaan itu menyaksikan Spurs muncul pendahulu Liga Perdana Inggeris memintas Manchester City dengan kelebihan dua mata malah mereka beraksi tanpa sebarang kekalahan setakat ini.

“Kedua-dua gol yang kami peroleh hasil daripada tekanan yang dilakukan oleh pemain. Kami begitu baik ketika aksi tanpa bola, namun aksi babak kedua mengecewakan saya dan kami tidak boleh mengulanginya lagi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI