fbpx

Leandro Velazquez layak jadi pemain naturalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leandro Velazquez telah mewakili skuad JDT sejak musim 2019. - Foto ihsan PFAM

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui bintang import pasukannya, Leandro Velazquez berpotensi untuk diserap menjadi pemain naturalisasi baharu Harimau Malaya pada masa akan datang.

Menurut Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor, Velazquez yang juga pemain kelahiran Argentina memiliki kualiti yang baik dan antara yang paling menyerlah dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

“Saya berharap agar dia (Leandro) dapat menjadi pemain tempatan kerana saya rasa dia pemain sangat berkualiti,” katanya dipetik menerusi satu program bual bicara sebuah stesen televisyen swasta tempatan.

Setakat ini, skuad Harimau Malaya sudah memiliki tujuh pemain naturalisasi terdiri daripada Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo), Sergio Aguero (Argentina) dan Lee Tuck (England).

Selain itu, tiga lagi pemain import kelahiran Brazil seperti Guilherme de Paula, Paulo Josue dan Endrick dos Santos turut diberi kerakyatan untuk mewakili pasukan kebangsan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN