fbpx

Saran guna teleskop lihat gerhana bulan separa Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar infografik mengenai fenomena gerhana bulan penumbra yang dapat dilihat di Malaysia pada awal pagi Ahad ini.

PUTRAJAYA – Peminat astronomi tempatan dinasihatkan untuk menggunakan teleskop kecil atau binokular bagi melihat kejadian gerhana bulan separa di seluruh Malaysia yang dijangka berlaku pada pagi Ahad ini.

Pakar falak, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin berkata, secara umum, mata kasar manusia tidak dapat melihat perbezaan bulan sebelum, semasa dan selepas penumbra berlaku kecuali bagi orang yang mahir sahaja.

“Gerhana bulan separa atau disebut penumbra bermaksud hanya sebahagian daripada permukaan bulan dilitupi bayang bumi dan tidak bahaya jika dilihat mata kasar,” katanya.

Agensi Angkasa Malaysia pada awal bulan ini melaporkan mengenai kejadian itu yang dijangka bermula pada pukul 2.01 pagi sehingga 6.26 pagi Ahad dengan kemuncaknya ialah pada 4.14 pagi.

Ketika itu penumbra atau luar bayang bumi memperlihatkan imej lebih cerah berbanding bayang umbra iaitu bahagian paling gelap dari bayang sehingga cahaya bulan itu merosot.

Pada masa sama, ujarnya, umat Islam di negara ini tidak disyariatkan melaksanakan solat sunat khusuf ketika kejadian ini kerana ia tidak menepati kaedah ditetapkan hukum syarak.

Meskipun dari sudut ilmu falak, peristiwa itu masih dinamakan lagi sebagai gerhana, tetapi syarat gelap yang nyata tidak dipenuhi dengan hanya sedikit perubahan warna di bulan.

Mohd. Zambri berkata, pencerap mungkin keliru dengan warna jasad samawi itu yang kelihatan malap suram daripada putih bersinar kerana disangkakan ada gangguan awan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI