fbpx

Gempa bumi 5.5 magnitud gegar Rantau Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud berlaku di Rantau Taiwan pagi tadi.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud berlaku di Rantau Taiwan pada pukul 7.05 pagi, hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi itu terletak 24 darjah utara dan 122.6 darjah timur.

“Ia berlaku pada jarak 147 kilometer (km) Tenggara dari Keelung, Taiwan dengan kedalaman 15 km,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI