fbpx

UMNO jangan tunduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Jalil.

SHAH ALAM – Gabungan antara UMNO , Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas perlu dibincangkan secara mendalam agar cadangan gabungan besar atau politik besar (grand coalition) tersebut tidak tunduk kepada satu-satu pihak.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, penyatuan yang dibuat berasaskan kesempatan semasa tanpa keikhlasan biasanya tidak akan berkekalan dan akan merugikan UMNO.

“UMNO perlu berwaspada dan berhati-hati jika berniat untuk mengadakan kerjasama dengan parti tersebut.

“Sebarang hubungan atau penyatuan yang dibuat perlulah berasaskan sebab yang ‘tulin’ dan ikhlas, bukannya kerana kesesuaian politik segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas keadaan semasa,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan cadangan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkenaan pembentukan gabungan politik besar membabitkan parti-parti politik yang menolak Pakatan Harapan (PH) termasuk Bersatu.

Jelas beliau, ramai ahli UMNO dari akar umbi sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi yang berpengalaman dan baharu telah memberi gambaran tidak bersetuju dengan penyatuan itu.

“Sekiranya hubungan dengan Bersatu ini dipaksakan juga, ia akan memecahbelahkan UMNO dari dalam.

“Jika sebab penyatuan dengan Bersatu hanya untuk menang bergaya dalam PRU-15, pandangan seperti itu amat jauh tersasar,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI