PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di Sarawak, pagi ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 11 pagi nanti.
“Hujan lebat di Sarawak melibatkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis),” katanya.
Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dilaporkan mengalami cuaca cerah shingga awal petang ini. – KOSMO! ONLINE