fbpx

Setiap hari netizen cari dosa – Syafiq Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK penyanyi Shila Amzah, Syafiq Amzah sindir netizen gemar tabur fitnah.

KETIKA rakyat Palestin berjuang mempertahankan tanah air, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq pula bertindak menyindir sikap rakyat Malaysia yang disifatkannya gemar menabur fitnah terhadap  individu lain.

Menurut Syafiq, sikap negatif itu tidak seharusnya berlaku dalam kalangan netizen sedangkan di Palestin hampir setiap hari rakyat negara itu bertarung nyawa di bedil rejim Zionis.

“Dikala kita di Malaysia sibuk memfitnah orang sana-sini, di Palestin pula rakyatnya hari-hari berdoa agar tidak dibom dan tidak ditembak.

“Semua orang saling membantu dan bersyukur masih hidup. Setiap hari buat baik mencari pahala tetapi di Malaysia sangat berani, hari-hari mencari dosa,” katanya dalam satu perkongsian TikTok hari ini.

Dia turut menzahirkan rasa kecewa apabila perbuatan biadab yang dilakukan terhadap ibu bapa kerap ‘dihalalkan’ di negara ini sedangkan perkara itu tidak seharusnya terjadi.

Dalam pada itu, dia mengingatkan netizen supaya bersyukur kerana negara masih aman daripada sebarang peperangan.

“Setiap hari mencari individu yang boleh diumpat kemudian maki hamun ibu yang melahirkan itu tidak salah. Anak tolak dan biadab tidak salah, siap memfitnah pula, Allahuakbar

“Bersyukurlah di Malaysia ini tiada perang buat masa ini tetapi sentiasa ingat, hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

“Bersyukurlah wahai netizen, tidak selamanya mereka dan kita ada di dunia ini. Renung-renungkan, salam peringatan di Tembok Besar China,” ujarnya.

Semalam, Syafiq menerusi satu hantaran TikTok memaklumkan kini berada di China bagi urusan kerja.

Baru-baru ini, kisah kemelut keluarga Shila menuai perhatian ramai selepas adik perempuannya yang juga penyanyi, Syada Amzah mendakwa dihalau daripada kediaman milik kakaknya di Hulu Langat.

Rentetan itu, satu persatu aib dan ‘rahsia gelap’ keluarga mereka terdedah kepada umum.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang kenyataan permohonan maaf daripada kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan konflik antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI