fbpx

Lebih 20,000 sukarelawan APM sedia hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIK – Lebih 20,000 sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) seluruh negara bersedia digerakkan untuk menghadapi bencana banjir yang mula melanda beberapa negeri pada semalam.

Antara negeri terjejas setakat ini ialah Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, jumlah anggota sukarelawan yang aktif adalah mencukupi bagi menjalankan sebarang operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

“Situasi banjir buat masa ini dalam keadaan terkawal kerana kebanyakkan kawasan terjejas termasuk di Kedah dilanda banjir kilat yang mana air surut dengan cepat.

“Bagaimanapun, semua anggota kita dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir sekiranya berlaku lagi hujan lebat berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Persediaan Menghadapi Banjir APM bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan di Tasik Beris di sini hari ini.

Menurutnya, anggota APM juga diarahkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir bagi membendung wabak Covid-19.

“Bekalan pelitup muka dan pakaian perlindungan diri untuk semua anggota yang bertugas adalah mencukupi,” ujarnya.

Ketika ditanya kemungkinan untuk membekukan cuti anggota APM, beliau menjelaskan bahawa tiada keperluan berhubung perkara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI