fbpx

Fizi Ali tamat zaman duda, kahwin rakan bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dikatakan sudah berkahwin dengan wanita pilihan bernama Tiz hari ini.

PETALING JAYA – Dua tahun menduda, bekas suami pelakon Shakilla Khoriri iaitu Fizi Ali akhirnya berkahwin dengan wanita pilihan yang merupakan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Tiz.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh pemilik nama lengkap Mohd. Fafizudin Alimudin itu dalam Instagram dengan memuat naik foto mengenakan pakaian serba putih bersama isteri baharunya itu bersama anak-anak di sisi.

“Alhamudulillah, syukur. Bermula satu perjalanan baharu dalam hidup kami.

“Semoga doa-doa yang baik kembali semula kepada kalian,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Difahamkan, pasangan merpati dua sejoli itu melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Bagaimanapun, Fizi tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahanya yang dipercayai berlangsung pada hari ini.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan daripada pihak Fizi belum berhasil.

Sebelum ini, penyampai radio Hot FM itu tanpa berselindung mengakui sedang berkawan rapat dengan rakan niaganya.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI